Wednesday, July 30, 2014

Raya 2014

Raya 2014.
Tahun ke-2 raya tanpa mak.
Seperti tahun2 sebelum ni sejak hidup selama 34 tahun, tiada apa yang menarik bagi anak seorang penagih dadah.
Hanya seronok bila keluar beraya bersama adik-adik & kakak.
Semasa kecil, selepas beraya di rumah atuk dan beraya bersama pak lang perkara yang paling ditakuti adalah bila balik rumah.
Takut duit raya hilang kena curi abah sendiri.
Bila dah besar, takut duit raya yang dah disediakan untuk budak2 kena curi.
Sampai dah ada anak, tiada apa pun yang berubah.
Kalau bukan mengenangkan rumah pusaka mak tak sanggup rasanya nak balik rumah ni.
Terlalu banyak kenangan tidak indah.
Walaupun sedih mak dah pergi, sekurang-kurangnya mak dah tak perlu hidup sengsara menyara mayat hidup yang tak pernah bertaubat.
Semoga Allah cepat akhiri dugaan untuk kami. Semoga Allah jadikan suami-suami kami, ayah terbaik untuk anak2 kami.
Semoga Allah perkenankan doa semua anak2 penagih dadah yang inginkan kehidupan normal seperti anak2 orang lain.
Ini luahan hati anak penagih dadah. Yang berdoa Allah cepat ambil nyawa abahnya yang hanya abah pada nama. Jangan berdendam? Cuba maafkan? Sudah letih emosi & perasaan. Jangan kurang ajar? Cuba hidup selama 34 tahun di tempat kami.



1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)