CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, November 21, 2009

Bila kehendak bercanggah dengan dapatan

Situasi yang tiada kesudahan ini sangat mengganggu emosi dan minda saya. Pun begitu saya masih cuba bertahan dan memujuk hati menerima seadanya. Bila terdengar keluhan yang hampir sama daripada rakan seangkatan, keinginan untuk melarikan diri membuak-buak.

Bila berada di tengah2 antara pengurusan, klien dan perunding, org suruhan seperti kami adalah target paling mudah untuk dipersalahkan. Perunding memandang kami sebagai budak hingusan yg masih mentah dan boleh diarah itu dan ini. Pengurusan menjadikan kami sebagai perisai bagi menepis sebarang konflik yang mungkin wujud daripada pihak klien atau perunding.

Kalau saya adalah graduan muda yang baru menceburi bidang ini, mungkin pandangan saya adalah berbeza. Malangnya saya walaupun hanya ada 2.5 tahun pengalaman dlm bidang ini, sudah boleh membezakan-tugasan yang boleh membantu mengembangkan potensi, kebolehan dan kemahiran/tugasan pentadbiran@perkeranian yang kadang2 sepatutnya dilakukan sendiri tanpa perlu adanya bantuan.

Bila wujud konflik antara kemahuan dan dapatan, hanya semangat yang mampu membuatkan seseorg itu bertahan dan berusaha mengharungi hari-hari bekerja yang menekan. Dalam situasi ini, gaji yang sedikit banyak itu tidak memberi banyak makna berbanding harga yang perlu dibayar apabila perlu melupakan keinginan menambah kemahiran teknikal kerana realitinya semakin lama di situ, kemahiran teknikal (sedikit) yang sudah diperolehi akan terkubur dan tiada ruang untuk ditingkatkan.

Saya tidak suka kerja2 pengurusan. Saya mampu melakukannya tapi saya tidak suka bila KPI saya hanya menjurus kepada pengurusan yang merangkumi menempah makanan, membayar harga makanan semasa pergi lawatan tapak, memasang projektor, membuat fotokopi untuk perunding dan akan tiba masa nanti menjadi pemandu. Saya masih ada nilai. Sebagai pembantu perunding yang berdaftar saya boleh buat lebih daripada semua itu. Saya boleh menghasilkan laporan yang kualitinya akan sama dengan laporan perunding sekiranya saya diberi peluang mengasah bakat.

Adakah untuk menjadi seorg yg berjaya perlu mengorbankan waktu malam (bekerja sampai tgh malam/pagi)/waktu cuti? Saya mahu menjadi org yg berjaya tapi saya tidak suka mengorbankan kedua2nya. Jadi adakah saya tidak akan berjaya?

p/s: Adalah satu penyeksaan bila perlu menunggu.. dan menunggu...

Friday, November 6, 2009

Sibuknya saya..ceh!!

Sejak2 ada kerja baru ini kehidupan adalah sibuk. Sibuk sebab cara kerja di sini adalah walaupun namanya ada kumpulan tapi kerja adalah secara individu iaitu bukan berpasukan. Setiap orang akan dapat 2-3 projek serentak samada masih dlm peringkat proposal, TOR atau projek sudah bermula. Sekarang secara rasminya (sebab asyik saya je kena attend meeting) saya telah diarahkan untuk menjaga 3 projek. Oleh sebab skop kerja saya yang sangat meluas itu maka setiap isu dlm ketiga-tiga projek perlu diberi perhatian. Kesannya, saya bekerja & bekerja tanpa rehat sebab kalau rehat = x sempat siapkan kerja sblm balik = kena balik lambat =terperangkap dlm jam dekat kaw industri selaman/lebuh silikon upm/depan ktm serdang. Produktif sungguh. Jeles tgk ada sorg budak tu sempat lg tido2 depan pc.

Nak balas e-mel gosip pun x sempat. Sempat balas e-mel berkaitan kerja sahaja. Dan asyik guna telefon calling2 semua org sampai org admin cakap asyik call BF(pakcik2). Di sini hanya ada 2 telefon untuk call out. Saya x ada telefon pejabat.. mcm sisco kat pejabat lama.

Paling tidak tahan adalah Ahad ni seawal 7 pagi kena pergi lawatan tapak ke tempat yg sama untuk kali ke-3 sbb xde org lain yg boleh tunjuk jalan. Padahal saya pun asyik sesat je. Mungkin hari Isnin juga perlu ikut lawatan tapak ke tempat lain.

Kesibukan saya ini telah menyebabkan saya x sempat kemas rumah, bilik & kdg2 x balik rumah sbb tumpang tido kat Bangi je x larat nak balik rumah sewa yg x la jauh sgt tu.

Ini baru permulaan, jadi akan tercapaikah impian mak saya yg berangan saya akan jumpa bakal suami di sini? Bagaimana ya kalau nanti kena stay back sampai pagi, sabtu ahad kena kerja? Bagaimana??
Kakak admin dah cakap tulah group env kat sini- xde bf/gf. Eh mcm sama je masa kerja pejabat lama. TIdak!!!

Monday, November 2, 2009

Missing my old job...sob..sob..

It has been a month but I am still struggling & praying hard everyday hoping that I will be able to manage & survive this no longer new job.. Yes.. boring!!!

When suddenly my ex boss (whom I don't clique with her personal
work philosophy) texted me yesterday evening, It was enough to give me a nervous breakdown. If her main intension was to make me feel sad. She has succeeded. When she told me that they are going back to Timor Sea for sampling & monitoring & 'claimed' that they will miss me when they got there, I got sentimental. I miss my old job. Yes, I was a kuli back then, but no different now. And I know it will get worst.

At least with my old job:

-I don't have to entertain 'orders' from people whom with their conscious/subconscious mind treat us-kuli like slaves

-I have full control of time i.e. I don't have to do last minute work which I don't favour at all

-I have THY to turn to whenever I am lost

I miss my old job. I don't miss my ex boss, I don't miss YYM, I just miss my old job & THY (a bit).


p/s: I have a bad habit of clinging too hard on old memories-good or bad & sometimes I just seems to be ungrateful of what I have until i loose some. TAMAK!!!

Wednesday, October 21, 2009

Saya & Masalah Komunikasi

Saya seorang pendiam. Di pejabat saya hanya akan bercakap bila perlu, bercakap tentang isu kerja dan kalau di tempat lama saya akan IM kwn2 yang sudah saya iktiraf sebagai geng gosip. Saya juga hany akan bergurau senda dgn org2 tertentu sahaja. Bila di rumah saya akan terlebih bercakap bila ada isu2 yang menganggu emosi dan fikiran saya.

Bila saya dapat tahu, sesorg telah bergosip dgn sesorg yg lain tentang isu saya pendiam, persoalan yg terdetik difikiran saya adalah apakah maksudnya? Adakah bermaksud saya tidak bercakap/bertanya tentang kerja. Saya tidak pasti. Yang saya pasti bila saya bertanya kepada 3 org berbeza tentang perkara yg sama jawapan yg saya terima adalah berbeza. Tidak ada jawapan standard ke? Bila saya tanya pun kdg2 jawapan yg diberikan adalah samar2 dan kdg2 seperti yg memberi jawapan itu juga x pasti dgn jawapannya. Jadi adakah ia salah saya si pendiam ini. Saya, bila org bertanya,akan dengan berjela2 beri penerangan. Tapi org, bila saya tanya, jawapan yg diberikan adalah sebaris atau 2 baris ayat.

Jadi bagaimana? Semua mahu yang terbaik daripada saya. Tetapi tiada siapa pun yang terangkan skop saya masa saya tanya pada hari pertama dulu.

They just don't get it when i told them when I was with ***:

1. I don't discuss about prices quoted in proposal
2. I don't deal directly with clients
3. I was not given the chance to manage a job

I am willing to learn but could someone please guide me!!!

Saturday, October 17, 2009

Hutang baru

Dengan ini diumumkan saya telah menambah senarai hutang saya selain dpd hutang belajar. Sekarang adalah hutang setelah bekerja. Oleh sebab tempat kerja baru tiada pengangkutan awam yang boleh hantar saya sampai beberapa meter ke pintu pejabat... saya telah terpaksa mencari ikhtiar lain. Eh..tipu..sebenarnya ada komuter dan bas tapi mana nak tau pukul berapa bas sampai dan mungkin x dibenarkan naik bas sbb saya bukan pelajar pun.. Alasan lain adalah setelah bertahun2 menaiki kenderaan awam saya sudah bosan..bosan untuk terpaksa bersesak2 dan menunggu..

Maka bagi merealisasikan cita2 saya untuk tidak lagi menaiki kenderaan awam.. saya telah mengeluarkan duit simpanan dari akaun tabung haji yang tidak seberapa itu dan telah secara rasminya menjadi penghutang bank. Dipendekkan cerita... nak bagi tahu la..saya dah beli kereta..huhu..bertambah la tekanan kerana:

1. perlu keluar awal pagi mcm budak nak pergi sekolah sbb kalau hari bekerja saya perlu ambil masa 0.5 jam untuk sampai ke destinasi.. kalau hari x bekerja.. 15 min-20 min dah sampai.lagipun saya suka sampai awal supaya boleh bernafas dengan tenang.

2. perlu tergesa2 balik sbb masalah parking di tasik selatan itu semakin melampau... melampau amat sbb ada kereta tu mcm letak buat perhiasan je.. Hari bekerja x gerak..hari cuti x gerak.. kenapa x digam sahaja atau disimenkan menjadi arca?? Jadi sesiapa yg terasa nak duduk di tasik selatan tu... lupakan sahaja.. sesak melampau.. tapi kalau kereta anda boleh dilipat dan dibawa naik ke rumah silakan!

3. perlu sediakan duit..duit...duit...

4. perlu sentiasa ingat tarikh penting untuk bayar hutang kereta.

5. Perlu sentiasa bersedia melihat samada ada kesan geseran atau remukan sbb parking di tepi jalan dan walaupun parking tepi2 akan ada juga org celik yang buta akan dgn secara sedarnya menggesel atau lebih malang merempuh sisi kereta. (mcm pagi itu saya nampak ada nota siap letak dlm plastik lagi di cermin kereta. saya syak org itu mmg sengaja gesel skirt tepi bhgn depan. Lagipun setakat ni mana ada saya rempuh apa2 .. Jongos!! Aku dah parking tepi gila tu..buta ke??? Mana ada org zaman skrg dah langgar kereta lepas tu tulis nota sila hubungi saya..siap tulis cantik2 letak dlm plastik.. psiko ke??

6. Perlu bersedia kehilangan cermin kecil yang dipasang sbb akan ada budak2 yang x ada duit nak beli cermin dgn gembiranya mencuri cermin itu supaya boleh simpan dlm poket seluar sekolah.

Telenovela proses saya hendak dapat kereta juga adalah hampir membuatkan saya menjadi singa garang.. siapa kata salesman cina bagus? melayu cina sama je.. adek saya pernah berurusan dengan salesman melayu---memang sangka bagus..mcm la kereta yang dia jual tu dia yang punya..jadi ketika saya melangkah masuk ke kedai itu mmg mata saya sibuk mencari mata sepet yang saya jangka akan memberikan servis terbaik. lagipun salesman melayu yang ada mcm pandang saya sebelah mata..mentang2 la pakai t-shirt & jeans & tudung x vogue. Tapi mungkin dah ditakdirkan..walaupun dia adalah salesman cina tapi dia pun sama sahaja. LENGAI!! Mentang2 la saya tidak beli myvi SE.. mentang2 la saya gelak2 bila cakap dgn dia..konon mcm mesra..kalau tahu..daripada awal lagi saya buat perangai mcm pelanggan yang sangka best--aku kaya aku ada duit nak beli kereta!! Janji dalam masa 3 minggu..tapi berlarutan sehingga sebulan.. sehingga raya..dan akhirnya sehingga mlm sebelum saya mula kerja baru..Nasib baik dapat kalau tidak mmg saya suruh dia jadi driver hantar & ambil saya balik kerja..Adakah semua tukang jual kereta begitu?? Dulu ada kwn saya pun kena juga..dah la nak bayar down payment 10K..banyak la tu bagi seorg perempuan single yang x pinjam duit keluarga nak beli kereta..pun dapat layanan mcm sampah..Adakah perlu pakai designers clothes baru dilayan?? Double standard betul la..

Saturday, October 10, 2009

Overtime

Ada bengkel di Royale Bintang Seremban mlm tadi sehingga 4.30 ptg tadi. Bengkel yg menghimpunkan penulis2 setiap bab laporan EIA. Pengalaman pertama saya melihat kerenah penulis2 yg byk ragam. Walaupun yg dtg hanya 5 org sudah cukup menambahkan tekanan emosi yg saya alami sejak akhir2 ini.

Penulis pertama- seorg prof perempuan (satunya perempuan yag hadir)-pakar dlm bab 'waste management' mungkin sbb rasa diri adalah sgt best maka dgn sesuka hati mengeluarkan kata2 merendahkan2 diri org lain. Bila giliran saya berurusan dgn dia nanti mungkin saya akan makan hati serta kering air mata menahan panahan kata2 seperti-stupid. use your brain!!. Sepanjang 1.5 hari ini dia asyik merungut tentang servis hotel tapi yg peliknya walaupun kutuk makanan tidak sedap tapi boleh pula tapau makanan tea break tadi-mee kicap ada fish cake sahaja. Menurut rakan kerja baru saya, itu baru sedikit. Dia belum tunjukkan sepenuhnya. Mampu ke saya tangani nanti.

Penulis ke-2, seorg prof madya yg baik hati, mmg terserlah. Penulis ke-3 asalnya adalah ketua projek tapi walaupun seorg prof. dia tidak pandai menguruskan projek ini sehingga menyebabkan projek ini telah digagalkan oleh DOE. Maka terpaksalah rakan saya meminta bantuan penulis ke-2. Penulis ke-3 & 4 kedua2nya adalah penulis bhgn 'landuse' tidak byk ragam setakat ini. Tapi menurut cerita rakan saya penulis ke-3 sudah berumur tapi belum berkahwin dan byk duit serta harta. Ada 2 buah rumah. Rumah 1 penulis ke-3 duduk, rumah ke-2 kucing2 dia yg duduk. Dahsyat kucing2 dia. Ada rumah sendiri.

Mlm tadi kami bekerja sampai 12.30 pagi. Tugas2 kami adalah menjadi penyelaras merangkap typist merangkap IT technician. Rupa2nya ini adalah perkara wajib ketika finalising report. Susahnya!! Semasa saya menjadi di antara penulis laporan dulu, mana ada sesi bengkel yg bermaksud tidur di hotel sambil menyiapkan laporan.

Saya tidak tahu sampai bila saya akan bertahan. Saya tidak pasti samada mampu menyesuaikan diri dengan suasana kerja yang pada saya adalah sgt luar biasa ini. Kerja yg paling susah adalah berurusan dgn manusia2 bijak pandai yg kdg2 lupa mereka juga ada kekurangan. Lagi parah, bos saya pula adalah seorg bos yg tidak berapa ambil tahu hal pekerja. Yg dia tahu adalah bagi arahan dan sila siapkan la sendiri. Lagi haru bila senior saya yg sudah 4 tahun berkampung di situ adalah seorg bijak pandai yg kedekut ilmu dan susah memberikan kerjasama. Saya tahu saya boleh tangani isu berurusan dgn pensyarah2 itu, tapi kalau rakan sekerja tidak boleh bekerjasama itu adalah masalah penting bagi saya! Walaupun dia masih muda saya tetap hormat dia sebagai senior tapi jika berterusan begini mungkin saya akan tanpa berfikir meletakkan jawatan (kalau saya anak org kaya mesti saya dah cabut awal2).

p/s: pn maj...cepat2 la ambil saya....

Wednesday, October 7, 2009

Hari ke 3, 4 & 5

Hari ke-3

Sangat stress bila kena buat proposal untuk report yang x pernah dibuat. Bertambah stress bila x ada contoh yang boleh dirujuk dan lagi haru bila yang lain pun mcm x pernah dgr nama report tu...Bermulalah insomnia.

Hari ke-4

Terpaksa berkejar2 ke Putrajaya dan berjalan pantas dari Blok A ke Blok D Perbadanan Putrajaya untuk ambil kad dan pulangkan kad. Apa motif rekabentuk bangunan kompleks itu? Rasanya 10 kali ulang alik antara Blok A/B & C/D harus kurus..Sampai semula ke pejabat 20 minit sblm mesyuarat. Bukan sahaja menjadi pencatat minit malahan tukang tuang air dan isi kuih dalam pinggan.. Sudah terlupa prosedur hadir di mesyuarat mcm masa di jpa dulu..tapi skrg saya bukan kerja dgn kerajaan pun.. Sama juga rupanya..Terkial2 membuat carta organisasi ahli projek dan draf proposal sehingga tgh mlm sambil sedih2 rasa mcm nak mengaku kalah.. Emo je..

Hari ke-5
Mesyuarat di AZRB. Rasanya minggu depan saya akan menjadi lebih sibuk sehingga projek DEIA tamat bulan 4 thn depan. Mcmmana nak berurusan dengan kira2 17 org ahli projek yang byk ragam itu nanti?? Semoga dipermudahkan kalau ada lagi projek lain.. akan sibuk sibuk dan sibuk...

Saya tetap rasa kumpulan saya yang dulu sblm masuk anasir lain adalah kumpulan terbaik dan paling seronok.. Sehingga hari ke-5 saya rasa 'rumput di luar pagar yang kelihatan hijau sebenarnya tidaklah sehijau mana... banyak lopak hujan dan rumput kering'